Wednesday, April 1, 2009

Refleksi 4

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Answer:

  1. Apabila menerima tugasan untuk menyediakan satu koswer yang menggabungkan semua elemen multimedia, saya agak bimbang memandangkan pengetahuan saya yang begitu cetek dalam teknologi. Namun setelah beberapa minggu mengikuti kelas ini,saya semakin bersemangat untuk menyiapkan tugasan tersebut. Diperkuatkan dengan dorongan dari rakan kumpulan saya, kebimbangan sebelum ini dapat dikurangkan.
  2. Saya merasakan projek ini sedikit sebanyak dapat membantu saya ketika praktikum. Namun ia bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Ini kerana untuk menggunakan projek ini memerlukan aplikasi komputer yang lengkap.
  3. Kaedah penilaian tersebut tidak perlu diubah kerana ianya dapat membantu rakan-rakan mencambah idea terhadap pembentangan rakan-rakan lain. Namun penilaian tersebut tidak wajar diterima secara keseluruhan. Perlu ditetapkan peratusan tertentu penilaian daripada rakan-rakan. Selebihnya diberikan oleh tutor.

0 comments:

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP