Refleksi 3
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?
2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?
3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?
Answer:
- Antara ciri- ciri dan kemahiran yang ada ialah memahami sedikit sebanyak arahan yang terdapat dalam talian, mengenalpasti masalah sekiranya berlaku kesulitan dan dapat memberi respons terhadap masalah yang timbul.
- Tutor perlu menyediakan manual P&P yang simple dan mudah difahami.
- Guru perlu menilai terlebih dahulu kemampuan pelajarnya terhadap penguasaan ICT. Kemudian baru lah guru boleh menyediakan isi pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan pelajar. Guru juga perlu memberi perhatian terhadap sebarang masalah yang dihadapi pelajar.
0 comments:
Post a Comment