Wednesday, April 1, 2009

Sejarah


Bermula dengan sebuah gabungan mahasiswa yang dikenali sebagai Ikatan Mahasiswa Pendang(IMP),kami telah bergiat aktif dalam penganjuran program-program kemasyarakatan terutamanya untuk golongan remaja dan pelajar sekolah. Bermula pada tahun 2002,kami kini berusia hampir tujuh tahun. Kami berjaya mengumpulkan rakan-rakan mahasiswa dan siswazah terutama dari negeri Kedah untuk sama menabur bakti kepada generasi selepas kami. Pada peringkat awal penubuhan,kami menganjurkan program-program di sekitar negeri Kedah. Selepas beberapa tahun,kami mengorak langkah dengan menjelajah di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Kini kami maju setapak lagi dengan tertubuhnya sebuah syarikat perunding motivasi yang dikenali sebagai IMP Training & Consultancy. IMP Training & Consultancy diperkuatkan dengan tenaga kerja yang terdiri dari ahli agama dan ahli akademik yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Refleksi 1

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Answer:

Profesyen perguruan dan kaedah pendidikan di Malaysia dianggap oleh sesetengah ahli akademik masih berada di takuk lama. Perubahan yang berlaku hanyalah pada tempat berlangsungnya proses P&P dan sedikit pada kandungan P&P. Kaedah yang digunapakai oleh guru dilihat belum mampu melahirkan pelajar yang betul-betul berupaya mendepani arus cabaran dunia semasa. Keadaan ini dilihat akan menggugat usaha Negara ke arah membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21. Oleh yang demikian, perlu ada transformasi yang mesti dilalui oleh seseorang guru.

Apakah yang dimaksud dengan Kemahiran Abad 21? Merupakan satu gagasan yang diketengahkan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi anak watan yang menguasai pelbagai kemahiran penting dalam kehidupan. Kemahiran abad 21 mengajak kita menguasai kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengira, kemahiran sains teknologi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan diri dan kompetatif, kemahiran belajar dan bekerja, kemahiran fizikal, kemahiran hubungan antara peribadi dan kemahiran estetika.

Seperti yang kita ketahui, guru merupakan contoh (role-model) kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru mesti menjadi orang yang pertama melakukan transformasi pendidikan untuk melihat anak didiknya menguasai kemahiran abad 21. Guru terlebih dahulu mesti menguasai kemahiran tersebut. Usaha sendiri perlu dilakukan oleh guru di samping usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap transformasi pendidikan. Guru mesti menguasai pelabagai ilmu lain yang boleh dijadikan contoh oleh pelajar. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada ilmu sedia ada yang hanya tertumpu pada bidang guru tersebut sahaja.

Refleksi 2

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Answer:

Pada pandangan saya, untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah, terdapat 2 langkah utama yang ingin saya ketengahkan:

  1. Pendekatan Psikologi : Adalah penting bagi saya untuk memahami psikologi guru-guru di sekolah tersebut sebelum saya mengajak mereka membudayakan ICT. Tidak semua guru mempunyai minat terhadap penguasaan ICT. Saya mulakan dengan sesi taklimat berkenaan kepentingan ICT dalam membantu meningkatkan keberkesanan dalam proses P&P. Taklimat ini seeloknya disampaikan oleh individu tertentu yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan ICT sebagai media pengajaran. Individu tersebut perlulah pandai menarik minat guru-guru untuk mempelajari dan seterusnya menguasai ICT.
  2. Pendekatan Latihan & Aplikasi : Dalam langkah ke 2 ini, guru-guru akan diberikan latihan penggunaan ICT. Mereka akan diberi kursus berkaitan ICT. Mereka akan diajar menggunakan aplikasi tertentu yang berkaitan dengan teknologi pengajaran. Guru-guru juga akan diajar mereka suatu bahan pengajar menggunakan ICT. Seterusnya penilaian akan dibuat oleh tutor terhadap hasil yang diperoleh. Akhir sekali, guru-guru boleh mula menggunakan ICT sebagai media pengajaran.

Refleksi 3

Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?


Answer:

  1. Antara ciri- ciri dan kemahiran yang ada ialah memahami sedikit sebanyak arahan yang terdapat dalam talian, mengenalpasti masalah sekiranya berlaku kesulitan dan dapat memberi respons terhadap masalah yang timbul.
  2. Tutor perlu menyediakan manual P&P yang simple dan mudah difahami.
  3. Guru perlu menilai terlebih dahulu kemampuan pelajarnya terhadap penguasaan ICT. Kemudian baru lah guru boleh menyediakan isi pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan pelajar. Guru juga perlu memberi perhatian terhadap sebarang masalah yang dihadapi pelajar.

Refleksi 4

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Answer:

  1. Apabila menerima tugasan untuk menyediakan satu koswer yang menggabungkan semua elemen multimedia, saya agak bimbang memandangkan pengetahuan saya yang begitu cetek dalam teknologi. Namun setelah beberapa minggu mengikuti kelas ini,saya semakin bersemangat untuk menyiapkan tugasan tersebut. Diperkuatkan dengan dorongan dari rakan kumpulan saya, kebimbangan sebelum ini dapat dikurangkan.
  2. Saya merasakan projek ini sedikit sebanyak dapat membantu saya ketika praktikum. Namun ia bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Ini kerana untuk menggunakan projek ini memerlukan aplikasi komputer yang lengkap.
  3. Kaedah penilaian tersebut tidak perlu diubah kerana ianya dapat membantu rakan-rakan mencambah idea terhadap pembentangan rakan-rakan lain. Namun penilaian tersebut tidak wajar diterima secara keseluruhan. Perlu ditetapkan peratusan tertentu penilaian daripada rakan-rakan. Selebihnya diberikan oleh tutor.

Refleksi 5

Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Answer:

Pada pendapat saya sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam adalah bersesuaian dengan permintaan semasa. Ianya merangkumi aspek-aspek asas dan perkara-perkara penting yang berkaitan teknologi pengajaran. Namun saya berpandangan beberapa kandungan dan teknik pengajaran boleh diperbaiki. Terutama sekali untuk pelajar-pelajar yang agak lemah dalam penggunaan teknologi seperti saya. Mungkin tutor boleh menyediakan ruang khas bagi mereka dalam kategori tersebut untuk mendapatkan perbincangan tambahan. Ruang tersebut hanya boleh diakses oleh pelajar-pelajar yang telah dikesan tidak mampu mengikuti pelajaran dalam kelas yang ramai.

Thursday, March 26, 2009

Tuntutan Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia



Seorang lelaki bertanya:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku. Aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”

Kemudian Baginda menjawab:
”Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
(Riwayat Muslim)

Huraian:

1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.

2. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik.

3. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP