Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?
Answer:
Profesyen perguruan dan kaedah pendidikan di Malaysia dianggap oleh sesetengah ahli akademik masih berada di takuk lama. Perubahan yang berlaku hanyalah pada tempat berlangsungnya proses P&P dan sedikit pada kandungan P&P. Kaedah yang digunapakai oleh guru dilihat belum mampu melahirkan pelajar yang betul-betul berupaya mendepani arus cabaran dunia semasa. Keadaan ini dilihat akan menggugat usaha Negara ke arah membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21. Oleh yang demikian, perlu ada transformasi yang mesti dilalui oleh seseorang guru.
Apakah yang dimaksud dengan Kemahiran Abad 21? Merupakan satu gagasan yang diketengahkan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi anak watan yang menguasai pelbagai kemahiran penting dalam kehidupan. Kemahiran abad 21 mengajak kita menguasai kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengira, kemahiran sains teknologi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan diri dan kompetatif, kemahiran belajar dan bekerja, kemahiran fizikal, kemahiran hubungan antara peribadi dan kemahiran estetika.
Seperti yang kita ketahui, guru merupakan contoh (role-model) kepada pelajar. Oleh yang demikian, guru mesti menjadi orang yang pertama melakukan transformasi pendidikan untuk melihat anak didiknya menguasai kemahiran abad 21. Guru terlebih dahulu mesti menguasai kemahiran tersebut. Usaha sendiri perlu dilakukan oleh guru di samping usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap transformasi pendidikan. Guru mesti menguasai pelabagai ilmu lain yang boleh dijadikan contoh oleh pelajar. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada ilmu sedia ada yang hanya tertumpu pada bidang guru tersebut sahaja.